Baru sahaja dua bulan bergelar suami, pelakon, Dini Schatzman sudah berani mendedahkan perangai sebenar isterinya iaitu selebriti sensasi, Janna Nick.
Menurut Dini, sifat sebenar pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner itu rupa-rupanya sangat berbeza ketika berada di rumah berdua.
Seperti yang dilihat di kaca televisyen dan juga sosial media, Janna dikenali sebagai seorang selebriti yang sangat ceria dan suka memeriahkan suasana.
Manakala Dini yang merupakan anak kelahiran Switzerland itu pula terkesan sebagai lelaki yang kelihatan pemalu dan sangat lemah lembut ketika berbicara.
Berbeza dengan realiti, Dini memaklumkan bahawa isteri yang baru dinikahinya itu sebenarnya adalah seorang yang sangat pendiam jika di rumah.
Malah, Dini pula yang bersikap lebih aktif di rumah berbanding Janna sehingga lelaki itu dikatakan berperangai seperti monyet oleh isterinya.
“Orang ramai lihat Janna happy go lucky, bercakap lantang and bertenaga. Tetapi, itu adalah Janna Nick ketika dia sedang bekerja.
“Saya pula seorang introvert. Jadi bila berdepan dengan ramai orang, mungkin saya lebih senyap berbanding Janna.
“Tapi dekat rumah sangat berbeza. Janna pendiam tapi saya yang sebaliknya, sampai Janna cakap saya perangai macam monyet,” katanya memetik mStar.
Memetik laporan Mstar, pelakon yang bakal membintangi filem Malbatt Misi Bakara itu juga sempat mengulas perancangannya untuk mendapatkan cahaya mata.
“Kami berdua memang nak sangat ada anak cuma kita hanya boleh rancang Allah yang menentukan.” Ulasnya.
Pada 10 Jun lalu, Janna dan Dini sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis yang dilangsungkan secara tertutup di Masjid Aisyah, Langkawi Kedah.
Mereka berdua dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah dan Dini menyerahkan mas kahwin RM2,703 dan seutas rantai emas kepada isteri.
Pasangan berkenaan kemudian mengadakan satu majlis resepsi di sebuah resort terkemuka di Langkawi pada hari yang sama.
Baca juga: “Dia wanita sejak lahir!”, Tunang Lucinta Luna mengamuk wartawan tanya jantina Lucinta