Saat belum lagi dilancarkan, kereta keluaran syarikat Perodua ini dikatakan sudah menawan hati peminat automatif tanah air.
Dapatkah pembaca meneka kereta apa yang dimaksudkan? Ya, ia adalah Perodua Axia 2023 yang baru sahaja dikenalkan pada Februari lalu.
Terkenal di kalangan pengguna berjiwa muda, kereta tersebut sinonim dengan penjimatan minyak, lalu bagaimana dengan keluaran terbaru pula?
Baru-baru ini, seorang pemilik Axia keluaran 2023 membuat pendedahan mengenai kereta yang dibelinya awal bulan Mac lalu.
Menurutnya, prestasi kereta keluaran Perodua itu cukup memberangsangkan apabila dipakai di sekitar bandar Kota Bharu yang penuh trafik.
Kata lelaki asal Kelantan itu, kenderaan yang dipakainya itu mempunyai spesifikasi penjimatan minyak yang sangat berbaloi.
“Dua hari pakai dalam bandar KB (Kota Bharu) dengan traffic jam bagai baru turun satu bar minyak. Jimat sungguh,” katanya di laman Facebook.
Menjengah di akaun Facebook kumpulan pemilik Axia 2023, ramai pengguna yang memuji tindak balas kotak gear kenderaan Perodua itu.
“Done test naik Genting. Sangat-sangat pickup dengan kotak gear CVT juga sungguh responsif,” kongsi seorang pengguna.
“Setuju, pick up memang sedap. Tukar gear pun tak terasa, Tekan asyik pergi je. Minyak memang jimat, terbaik.” Kongsi pengguna lain.
Baca juga: Servis PBT ‘perform’, penduduk tiga bandar ini diiktiraf paling bahagia di Malaysia