Semakin hari semakin banyak luahan mengenai suami isteri yang tidak sehaluan namun memilih untuk tetap bersama.
Kadang kala seseorang itu tidak sedar mereka di dera secara mental hingga akhirnya mengalami kemurungan.
Seorang wanita tidak tahan akan perangai suaminya yang cepat marah malah lebih selesa untuk tidur berasingan daripadanya.
Saya dengan suami kenal lima tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin. Kini kami sudah tiga tahun hidup sebagai pasangan.
Setiap rumah tangga itu ada pasang surutnya, samalah dengan kami cuma untuk saya, suami terlalu kuat bekerja,
Dia tidak berkira kalau buat sesuatu perkara cuma satu sahaja masalah, dia sukar nak faham perasaan saya.
Baran, pantang ditegur dan tak boleh bawa bincang. Satu patah saya tanya berjela balasan dgn pakej maki terus cakap kau-aku.
Lagi satu kami tak satu tempat tidur. Dia seolah selasa macamtu dan anggap saya pun ok dengan keadaan tu. Sebenarnya saya dah lama terasa dan makan hati.
Boleh dikatakan saya banyak menangis sendirian. Saya tak boleh tunjuk perasaan saya marah atau kecewa nanti lagi teruk bergaduh. Saya kena pendam.
Tapi pendam tu lah makan diri sy. Tahun lepas saya disahkan ada Major Depressive Disorder (kemurungan). Tapi dia tak berubah juga masih baran mcm biasa.
Kenapa hati dia keras sangat. Bercerai adalah jalan terakhir bagi saya. Hingga kini saya cuba bersabar untuk selamatkan rumah tangga kami.
Walaupun dimatanya semua adalah salah saya, harapnya dia sedat akan khilaf sebelum kami berpisah, saya tak pasti masih ada tempat saya dalam hatinya.
Semoga para suami yang lain belajar lah memuliakn isteri. Dan sekeras apa usaha suami cari duit, rezeki akan sempit juga kalau isteri hari-hari menangis.
Baca juga: “Aku mainkan wanita sampai sanggup bagi cincin ‘tanda’, tapi isteri aku yang terima kifarahnya”