Apabila budak-budak sudah pandai menggunakan teknologi maka ibu bapa perlu lebih berhati-hati dalam memberi mereka telefon.
Seorang budak perempuan berusia lima tahun di Amerika Syarikat menggunakan telefon bimbit milik ibunya untuk membeli mainan dan aksesori lapor People.com.
Jessica Nunes terkejut apabila beberapa pengesahan penghantaran barang daripada peruncit online, Amazon dihantar kepada e-melnya.
“Saya melakukan log masuk ke dalam akaun Amazon dan melihat pesanan lima mainan motosikal merah jambu, lima motosikal biru, sebuah jeep dan 10 pasang but koboi perempuan,” kata Nunes.
Lila Varisco telah membuat pembelian sebanyak AS$3,000 (RM13,207) melalui aplikasi Amazon walaupun masih belum pandai membaca mahupun menulis.
Wanita tersebut juga tidak pernah membeli di hadapan anaknya dan pelik bagaimana Lila boleh menyelesaikan transaksi tersebut.
Dia memberitahu anaknya bahawa kesemua mainan itu akan dikembalikan. Dia berharap untuk mengajar anaknya sesuatu bermakna tentang wang.
Baca juga: Lelaki bagi tips cara simpan duit raya lebih awal, dah tak kalut nak cekau dalam bank nanti