Kahwin cerai kini ibarat perkara biasa walhal masa dan duit sudah dihabiskan untuk majlis yang gah dibazirkan begitu sahaja.
Terbaru pempengaruh media sosial, Elcah atau nama Adel Hasha memaklumkan sudah diceraikan melalui WhatsApp hanya selepas lapan hari sah menjadi suami isteri.
Menerusi Instagram, Elcah mendakwa bekas suaminya telah melafazkan cerai melalui rakaman suara atau voice note di aplikasi WhatsApp.
Perkahwinan baru sahaja mencecah usia seminggu namun Elcah mendakwa dirinya sudah diajak poligami.
“Kau yang aniaya aku dalam perkahwinan yang baru dibina lapan hari. Kau tahu apa yang kau buat dengan perempuan tu,” ujarnya.
Menerusi ruangan kapsyen, Elcah berkata dia dikhabarkan berita ada bayi yang perlu dijaga dan wanita lain yang patut diberi perhatian oleh bekas suami.
“Kau jadikan aku sebagai tempat persinggahan kau selama 8 hari. Itu kau cakap aku yang salah lagi?,” katanya di ruangan kapsyen.
Jelasnya lagi, dia menolak ajakan poligami bekas suaminya kerana mengetahui ianya cuma rancang untuk menutup aib sendiri bersama wanita terbabit.
Baca juga: Apa rahsia wanita Thailand kulit cantik, halus, mulus tak sangka ini rupanya