Baru Bian jadikan 114 sokong Tun jadi PM
Kini sudah 114 MP yang menyokong Tun Dr Mahathir dengan penyertaan Baru Bian.

Baru Bian jadikan 114 sokong Tun jadi PM

Bekas Menteri Kerjaraya, Baru Bian yang sebelum ini bersama Mohamed Azmin Ali kini menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al Bukhary menjadikan sokongan meningkat kepada 114 ahli parlimen.

Turut menyertai Tun Mahathir malam ini adalah kesemua sembilan ahli parlimen Warisan dari Sabah.

4 ahli parlimen dari Warisan, Sabah bergambar dengan Tun Mahathir malam ini.

 

Baru Bian menandatangani SD beliau dengan disaksikan oleh pimpinan Amanah dan Tun Dr Mahathir di Yayasan Al Bukhary malam ini.