Siapa menyangka individu yang diambil untuk memudahkan urusan penceraian adalah orang sama mengahwini bekas pasangan.
Seorang wanita di Nigeria tidak menyangka bekas suaminya mengahwini peguam yang membantunya dalam kes perceraian mereka.
Menurut laman berita Legit, wanita dikatakan menggunakan khidmat peguam berkenaan bagi kes perceraiannya dengan bekas suami.
Berdasarkan hantaran di laman Facebook, dua minggu selepas sah bercerai, peguam tersebut dikatakan berkahwin dengan bekas suami wanita berkenaan.
“Peguam yang membantu mengendalikan kes cerai saya telah mengahwini bekas suami, dua minggu selepas prosedur mahkamah selesai,” kata wanita berkenaan.
Tiada kepastian sama ada bekas suaminya memang menjalinkan hubungan sulit dengan peguam atau hubungan mereka bermula ketika proses perceraian berlaku.
Bagaimanapun komen di hantaran tersebut memihak kepada peguam itu kerana pemilik hantaran sudah nekad untuk bercerai.
“Bukankah anda yang mahu bercerai? Mengapa menangis?
“Anda lambat, anda yang melepas. Kita tidak akan menghargai sesuatu perkara sehingga kita kehilangannya,” antara komen pengguna media sosial.
Baca juga: Baru tahu nak pasang penyaman udara pun ada ‘pantang larang’, ini nasihat pereka dalaman rumah