Malaysia Dateline

Baru habis kuliah matematik, kata Azmin ketika Anwar menghadap Agong

Bekas Timbalan Presiden PKR yang khianat kepada parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara sinis mempertikaikan jumlah sokongan yang diperolehi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika semua mata tertumpu kepada majlis menghadap Anwar kepada Yang Dipertuan Agong, Azmin membuat posting khas menerusi twitter beliau, “Baru habis kuliah matematik.”

Ini adalah twitter pertama sejak sekian lama beliau menghilangkan diri selepas menang dalam pilihan raya negeri Sabah.

Azmin, Menteri Kanan Ekonomi kerajaan Perikatan Nasional itu dipercayai menyindir Anwar, bekas bos dan mentor beliau itu tentang jumlah sokongan yang diperolehinya.

Anwar menghadap Yang Dipertuan Agong pagi ini bagi mempersembahkan jumlah sokongan yang beliau perolehi bagi membentuk kerajaan baru.