Pendedahan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengenai salah silah keluarganya membuatkan ramai terkejut.
Siapa jangka Tengku Zafrul yang baru sahaja empat tahun menceburkan diri dalam dunia politik, rupa-rupanya bukan orang biasa-biasa.
Seperti perkongsian di X semalam, beliau memaklumkan bahawa datuknya adalah individu yang mengisytihar kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
“Setiap kali 31 Ogos saya mesti teringat atuk saya. Atuk saya yang isytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
“Jangan silap. Atuk saya bukan Tunku Abdul Rahman. Arwah atuk saya namanya Raja Zainal Abidin. Atuk ketika itu Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1957,” katanya.
Apa yang lebih menarik, rupa-rupanya setiap negeri turut mempunyai wakil yang mengisytiharkan kemerdekaan ketika itu.
“Semua sultan termasuklah Raja Perlis time tu ada dekat Stadium Merdeka, semasa Tunku Abdul Rahman isytiharkan kemerdekaan. Jadi dekat peringkat negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri yang isytiharkan merdeka,” jelas Tengku Zafrul.
Pendedahan Tengku Zafrul sememangnya perkara yang menarik dan juga mengejutkan warga maya.
Baca juga: Kutu beras banyak sangat, ini 7 cara nak hilangkan ia, guna bahan di rumah sahaja!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio