Kes di Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Razak hanya berkaitan dana SRC International bukan 1MDB.
“Ini baru satu keputusan walau pun Najib bercadang merayu ke Mahkamah Persekutuan. Najib sekarang masih lagi dibicarakan dalam kes 1MDB,” kata peguam Zulkhazmi Syarif dalam facebook beliau.
Bagi beliau, apa yang berlaku adalah, satu kes sahaja Najib sudah memalukan negara bak kata Mahkamah Rayuan.
“Ini bukan suatu kebanggaan tetapi kehinaan terhadap negara,” katanya.
Katanya, Najib bukan lagi kebanggaan kepada negara tetapi satu musibah kepada negara.
“Kepada yang masih memuja Najib, anda juga bukannya suatu kebanggaan tetapi KEBANGANGAN yang amat nyata,” kata naib pengerusi DAP Kedah itu.
Sesungguhnya, katanya, Najib itu seorang manusia melayu beragama Islam dan merupakan mantan Presiden parti Melayu.
“Setakat semalam masih terkinja-kinja di media sosial tanpa rasa malu.
“Malu itu secebis dari iman. Jika telah dibuktikan bersalah begitu oleh Mahkamah, masih tiada malu malah masih ada lagi yang menyokong dan memuja.
“Apalah kamu?” kata beliau.