Malaysia Dateline

Baru nak puji rumput cantik menghijau, sekali pemilik beritahu rupanya dah seminggu banjir termenung

Keadaan sebuah halaman rumah yang dipenuhi pokok kiambang kecil sehingga terlihat seperti padang golf benar-benar menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, mereka yang pada awalnya menyangka ia adalah hasil kreativiti si pemilik rumah, namun terkejut apabila mengetahui bahawa ia bukanlah rumput hiasan di laman rumah.

Tetapi sebaliknya ia adalah pokok kiambang kecil yang berkumpul disebabkan banjir termenung sudah lebih seminggu tidak surut.

“Dah seminggu rumah kami menjadi pulau jadian. Dah seperti padang golf, tapi bukan…

“Redha dengan segala ketentuan Allah. Kenyataannya banjir termenung..,” tulis kaksuzieee dalam video yang dimuat naik di TikTok.

@kaksuzieee

seminggu rumah kami menjadi Pulau Jadian, dikelilingi pokok kiambang kecil. #mykampunggarden #kebun #kampung #village #indahnyakampung

♬ Keindahan Alam – Album Version – Flybaits

Dalam rakaman tersebut, terlihat indah hamparan yang disangka rumput karpet.

Namun apabila sebuah kereta melalui laman itu, terlihat jelas air banjir yang bertakung.

Meninjau ke ruangan komen, nampaknya ramai yang mengatakan mereka rasa tertipu kerana menyangka pemilik rumah berkenaan memiliki rumput karpet yang sangat cantik.

Mereka juga memuji pemilik rumah yang pandai menjaga rumput di halaman sebelum menyedari rupanya ia air banjir.

“Ya Allah mula-mula ingatkan rumput..baru nak cakap cantik je colour rumput tu,” komen warganet.

“Aku baru nak puji cantiknyaa laman rumah bersih helok rumput pun cantik, rupanya…,” komen yang lain.

“Kena scam kite. ingatkan rumput karpet,” seloroh yang lain pula.

Baca juga: Ubah suai ekzos, buat bising hingga ganggu ketenteraman jiran, Geng Moto Binjal kecundang

Baca juga: [VIDEO] Penonton bersorak bukan sebab bola masuk gol, tapi…