Baru saja dibebaskan, wanita kontroversi dicekup JAWI dihadap Mahkamah Tinggi Syariah esok

Oleh NASUHA RAHMAN

Sebaik sahaja selesai bayar ikat jamin RM20,000 dan dibebaskan wanita kontroversi hina agama dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan akan dihadap ke Mahkamah Tinggi Syariah esok.

Memetik laporan Kosmo, pihak JAWI pagi tadi sudah menahan pelawak wanita, Siti Nuramira Abdullah berusia 26 tahun yang baru sahaja selesai membayar jaminan untuk dibebaskan.

Sebaik sahaja mereka menandatangani Borang Jamin bersama peguam Ramesh Chandran di Kauntuer Jaminan Kompeks Mahkamah Kuala Lumpur, JAWI terus menahan Nuramira terbabit kira-kira jam 10.20 pagi.

Nuramira akan ditahan selama 24 jam dan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah esok. Dia akan dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Semalam Nuramira dan teman lelakinya V. Alexander Navin, 38, selesai membayar ikat jamin masing-masing berjumlah RM20,000 melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai.

Baru saja dibebaskan, wanita kontroversi dicekup JAWI dihadap Mahkamah Tinggi Syariah esok
Viral video hina Islam

Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni di kalangan sesama Islam.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mengaku seorang Muslim, telah menghafal 15 juzuk al-Quran, bertindak membuka tudung dan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Minggu lalu, satu video berdurasi 54 saat tular di media sosial memaparkan seorang wanita mendakwa dirinya beragama Islam dan menghafaz 15 juzuk al-Quran, bertindak menanggalkan baju kurung dan tudungnya dan hanya memakai pakaian mencolok mata sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Baca juga: Jual beli cedok-cedok secara ‘live’ di TikTok, ramai tidak tahu apa hukumnya…

Baca juga: Padah keluarkan kata kesat kepada polis, pembantu kedai runcit ditahan