Muruku merupakan sejenis kuih yang sinonim dengan masyarakat India namun turut digemari oleh kaum lain di negara ini termasuklah orang Melayu.
Kuih tradisi yang sering dihidangkan kepada tetamu pada musim perayaan ini turut diolah menjadi snek ataupun makanan ringan dengan pelbagai rupa dan juga rasa.
Walau bagaimanapun, cara penyediaan yang agak rumit membuatkan orang ramai lebih memilih untuk membeli kuih tradisi ini berbanding membuatnya sendiri di rumah.
Namun tahukah anda, sebenarnya wujud jalan singkat untuk menyediakan muruku versi leper seperti perkongsian tular yang dimuat naik seorang pengguna Facebook.
Menurut wanita berbangsa India itu, cara penyediaan muruku yang ringkas, rangup dan menyelerakan itu diolah oleh dirinya sendiri berdasarkan resepi dikongsi ibunya.
Bahan-bahan:
- Satu cawan tepung beras
- Setengah cawan tepung kacang kuda
- Satu perempat cawan tepung jagung (boleh dikecualikan)
- Setengah sudu kecil jintan kecil (ditumbuk)
- Setengah sudu kecil bijan putih
- Garam secukupnya
- Setengah sudu kecil bijian omam ditumbuk (boleh dikecualikan)
- Satu sudu besar gula
- Satu sudu besar majerin
- Air secukupnya
- Dua sudu besar serbuk cili
- Satu sudu besar serbuk ayam (supaya lebih sedap)
Langkah-langkah menyediakan muruku:
1. Kacaukan semua bahan dan uli hingga menjadi adunan seperti doh capati.
2. Selepas itu, masukkan doh ke dalam acuan yang boleh meleperkan adunan. Kemudian potongkan adunan leper itu secara panjang-panjang.
3. Goreng muruku sehingga kuning keemasan. Muruku yang sudah siap boleh dicampurkan dengan kacang tanah dan daun kari bagi mendapatkan aroma. Siap untuk dinikmati.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio