Baru tahu ada cara ‘express’ buat Sambal Tempoyak Goreng, dijamin lazat hingga menjilat jari!

Oleh WAN SITI AMINAH

Sambal Tempoyak Goreng merupakan sejenis hidangan yang jarang didengar namun begitu popular dan cukup diminati oleh peminat raja buah.

Merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat nusantara, sambal tempoyak juga sangat lazat berikutan berjaya menggabungkan rasa manis, masam serta pedas.

Berikut kami kongsikan resepi Sambal Tempoyak Goreng berdasarkan hantaran pengguna media sosial dikenali sebagai snfkitchen_90 buat mereka yang teringinkan kelainan.

Bahan-bahan:

  • Secawan tempoyak
  • Lima biji cili merah (kepedasan mengikut selera)
  • Tiga ulas bawang merah
  • Dua ulas bawang putih
  • Satu inci lengkuas
  • Satu batang serai (diketuk)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah buat Sambal Tempoyak versi ‘express’:

1. Mula-mula kisarkan bahan-bahan seperti cili besar dan cili padi. Kemudian hiriskan bawang besar kuning atau bawang Holland dan ketuk serai.

2. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan hirisan sebelum tambah bahan kisar sehingga naik bau harum dan berubah warna.

4. Selepas itu, bolehlah tambahkan tempoyak ke dalam kuali dan kacau rata dengan bahan-bahan yang telah ditumis sebentar tadi.

5. Tambah air dan sambung tumis sehingga tempoyak masak dan keluar minyak. Jangan pula lupa untuk mengacau tumisan dengan perlahan agar tidak meletup.

6. Langkah yang berikutnya adalah menambahkan sedikit serbuk kunyit, garam, gula dan juga perasa ke dalam sambal tempoyak mengikut selera anda.

7. Tumiskan sehingga minyak keluar di permukaan dan tekstur sambal tempoyak tersebut menjadi seperti yang anda inginkan.

8. Langkah terakhir, angkatkan hidangan yang sudah siap daripada kuali dan boleh dinikmati seisi keluarga anda!

Selamat mencuba dan semoga sesuai dengan selera anda! Harapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.

Baca juga: Baru tahu ada cara elak semut bersarang dalam soket, ikut nasihat ‘Abang Pest Control’ ini!