Baru tahu ada cara hitamkan semula ‘jeans’ lusuh, guna 2 bahan ini selesai masalah!

Oleh WAN SITI AMINAH

Umum mengetahui, sejenis pakaian yang berasaskan ‘jeans’ atau denim mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk bertukar menjadi lusuh.

Tidak kiralah sama ada jeans berkenaan sudah lama atau baru sahaja dibeli, namun keadaan ini tetap juga ‘wajib’ berlaku sekiranya pakaian tersebut selalu digunakan.

Hal ini kerana, jeans yang sering digunakan tentunya dibasuh dengan sangat kerap sehingga menyebabkan warna pada kain tersebut boleh luntur dalam masa singkat.

Sedar akan keadaan itu, seorang pengguna TikTok tampil berkongsi ilmu mengenai panduan untuk menghitamkan kembali pakaian atau baju yang berasaskan denim.

Kelihatan seperti jeans yang baharu sahaja dibeli, pembaca cuma perlu menyediakan dua bahan iaitu garam dan juga pewarna pakaian yang dikenali sebagai fabric dye.

  1. Sediakan perwarna pakaian atau fabric dye yang telah dibeli dan panaskan air.
  2. Tuang air panas ke dalam besen atau baldi.
  3. Masukkan satu paket pewarna bersama segenggam garam.
  4. Guna senduk untuk dua bahan tersebut sehingga sebati.
  5. Masukkan seluar atau baju jeans yang mahu anda hitamkan di dalam baldi tersebut.
  6. Tunggu dalam masa 30 minit atau boleh ditinggalkan selama semalaman.
  7. Keluarkan dan bilas kain tersebut dengan air paip.
  8. Jiruskan air dan perah jeans yang telah direndam dengan berhati-hati (jangan terlalu kuat).
  9. Gantungkan di ampaian dan pastikan ia dijemur di bawah sinaran matahari.
  10. Tunggu sehingga kering.
@eren_612

#fyp #foryoupage #raya like komen and share untuk tengok result dia di part 2😍

♬ Dj Sa Stop Mabuk Tiktok – NS Production

Tular di media sosial, panduan tersebut dikongsikan pemilik akaun dikenali sebagai Kholif Mael itu menerusi satu hantaran telah yang dimuat naik di platform TikTok.

Sekadar info, pewarna pakaian yang digunakan oleh pemuda tersebut mudah sahaja didapati di kedai peralatan seni ataupun sebarang platform pembelian di atas talian.

Baca juga: Sedap betul bila basah-basah! Ini resipi char keutiau udang, boleh makan untuk 1 keluarga lagi