Amalan ‘settle tepi’ selepas berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan sebenarnya boleh memakan diri terutamanya dari sudut undang-undang.
Tidak digalak untuk diamalkan, perkara itu dimaklumkan oleh seorang peguam bela dan peguamcara dikenali sebagai Lawyer Ghandhi menerusi satu hantaran di TikTok.
Menurutnya, tindakan ‘settle tepi’ ini boleh sahaja mengundang risiko bahaya kepada diri sendiri terutamanya sekirannya kejadian itu tidak dilaporkan kepada pihak polis.
Dalam perkongsian berbentuk video itu, Lawyer Gandhi memberitahu bahawa pihak ketiga boleh mengambil tindakan mahkamah tanpa pengetahuan pemilik kenderaan.
“Boleh memakan diri sendiri. Lebih-lebih lagi jika ada pihak yang terlibat tidak mahu bayar, melarikan diri atau membuat laporan kepada polis tanpa pengetahuan anda.
“Pihak insurans juga akan menolak tuntutan kalau tiada laporan polis. Lebih parah, mereka tidak akan membela anda jika pihak ketiga mengambil tindakan mahkamah.
“Malah penanti seperti denda atau penjara juga boleh dikenakan ke atas anda jika gagal membuat laporan polis,” kata peguam berkenaan dalam hantaran tersebut.
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk membuat laporan polis dengan segera atau di dalam tempoh 24 jam sebaik sahaja terlibat di dalam kemalangan jalan raya.
Baca juga: Baru tahu tak susah rupanya buat Kaya sendiri, boleh jadikan inti pau kalau roti habis!