Ikan keli goreng merupakan salah satu jenis hidangan yang cukup sederhana namun sebenarnya sangat sukar untuk disediakan.
Mungkin terlihat remeh, punca ikan keli sukar untuk disediakan adalah kerana tukang masak perlu berdepan dengan ‘letupan’ minyak setiap kali hidupan laut itu digoreng.
Namun siapa sangka, rupa-rupanya ada petua berkesan yang mudah untuk diikuti bagi mengelakkan minyak panas meletup ketika ikan keli berada dalam kuali untuk digoreng.
Ilmu menggoreng hidupan laut yang berlendir ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Rohayu Naura menerusi satu hantaran tular di platform tersebut.
“Sedikit ilmu supaya minyak tidak meletup semasa menggoreng ikan keli. Kamu semua jangan terpedaya dengan ikan yang besar. Jangan ambil (beli) ya.
“Percayalah ikan keli besar tak sedap. Isi dia liat, pilih ikan yang kecil dan ‘comel-comel’ sahaja, ya.” Kata Rohayu Naura yang turut berkongsi petua pemilihan hidupan laut tersebut.
Cara-cara menggoreng ikan keli:
1. Mulanya, basuhkan ikan keli secara ala kadar dahulu. Kemudian, potong kepalanya lalu kelarkan pada bahagian badan hidupan laut tersebut.
2. Letakkan tepung gandum dan air perahan limau kasturi di atas ikan sebelum secara rata. Kemudian ramaslah ikan berkenaan sehingga keluar lendir. Jangan ramas terlalu kerana dikhuatiri hancur.
3. Selepas itu, masukkan sedikit air dan sambung ramas semula. Kemudian, barulah boleh basuh ikan tersebut dengan bersih dari segala gandum bersama lendiran yang melekat.
4. Apabila ikan keli sudah bersih, letakkan garam dan kunyit mengikut selera anda. Panaskan minyak dan goreng hidupan laut itu tanpa perlu risau ia akan meletup.
Baca juga: Tepung berketul walaupun belum ‘expired’, ini cara senang nak jadikan ia halus semula