Bintik hitam di muka dikenali sebagai jeragat merupakan masalah kulit yang masih lagi dihadapi oleh ramai wanita terutama dalam kalangan golongan berusia di Malaysia.
Masalah ini dipercayai berpunca daripada faktor umur yang telah memasuki 30-an atau tidak memakai sebarang produk pelindung matahari (UV) seperti sunblock dan sebagainya.
Namun tahukah anda, jeragat di muka rupa-rupanya boleh dihilangkan tanpa perlu menggunakan produk penjagaan kulit atau rawatan kecantikan muka yang mahal.
Dengan hanya menggunakan dua bahan semula jadi di dapur, berikut kami kongsikan petua yang disarankan oleh Dr Rizal Abu Bakar menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.
Buah limau kasturi
1. Potong sebuah limau kasturi kepada dua bahagian.
2. Kemudian perah airnya. Kemudian gunakan helaian kapas untuk sapukan kepada bahagian muka yang ditumbuhi jeragat.
3. Buat dalam tempoh 10 sehingga 15 minit. Boleh diamalkan setiap hari.
“Kandungan asid sitrik dalam limau kasturi ini bagus untuk buang sel kulit mati pada kulit muka. Setelah sel itu berkurang, barulah kulit akan menjadi lebih cerah,” katanya.
Ubi kentang
1. Kisarkan satu atau dua biji kentang.
2. Selepas itu, perahkan lebihan ekstrak jus daripada serat kentang yang telah dikisar.
3. Kemudian campurkan jus kentang dengan madu dan jus limau kasturi ataupun sedikit perahan lemon.
4. Sapukan bancuhan tersebut kepada kulit dalam tempoh 20 minit.
5. Kaedah menghilangkan jeragat ini boleh diamalkan sekali dalam masa seminggu. Bancuhan ini juga boleh dicampur dengan serat (pilihan).
“Selain kurangkan bintik gelap dan jeragat, kentang merupakan bahan yang sesuai digunakan pada kulit kering dan menggulupas. Paling penting, tak menghakis kulit muka.
“Malah, kentang juga mampu membantu meredakan keradangan akibat jerawat serta membekalkan kelembapan pada wajah. Kulit pun lebih cerah dan berseri.” Ulasnya.
Selamat mencuba. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat terutamanya kepada mereka yang mahu menghilangkan jeragat.
Baca juga: Grill pintu cepat kotor, ini cara senang nak bersihkan ia, 5 minit dah siap!