Baru tahu boleh guna ‘air fryer’ nak buat ikan keli goreng, lumur dengan perencah nasi goreng ‘konfem’ padu

Oleh MAISARAH AISYA

Semua mesti pernah alami terkena minyak panas semasa menggoreng ikan, tak kira jenis apa sekalipun.

Terus rasa trauma nak goreng ikan jadi mesti cari alternatif lain ataupun guna ikan dalam masakan berkuah sahaja.

Rupanya senang sahaja nak guna air fryer untuk buat ikan keli goreng ni, tak ada lagi rasa takut nak masak guna minyak.

Resipi ini dikongsikan Muhammad Zulhaizan menerusi Facebook ‘Resepi Air Fryer [Malaysia]’.

Resipi ikan keli goreng

Bahan-bahan:

  • Ikan keli
  • Perencah nasi goreng Adabi
  • Pes sambal tumis maggi
  • Gula
  • Perasa

Cara-cara:

  1. Basuh dan kelar ikan keli seperti dalam gambar.
  2. Perap dengan pes sambal tumis maggi dan perencah nasi goreng adabi. S
  3. Tambah sikit gula dan perasa (optional)
  4. Campur semua pes tu dan perap selama satu jam (lebih lama lebih bagus)
  5. Bakar ikan menggunakan air fryer pada suhu 180℃ selama 20 minit.
  6. Selepas tempoh itu, terbalikkan ikan dan sambung bakar selama 20 minit supaya ikan masak dengan sekata pada kedua-dua belah.
  7. Siap!

Nota tambahan: Bagi yang tak minat garing sangat boleh kurangkan suhu dan masa. Ia juga bergantung kepada jenis air fryer dan kuantiti masakan.

Baca juga: Baru tahu mereka ada alahan telur boleh makan Puding Karamel, asalkan ikut resepi ini!