Baru tahu IC orang Sabah Sarawak dengan semenanjung ada beza, siap ada keistimewaan lagi

Oleh KIM SYAZIE

Kad pengenalan atau lebih dikenali sebagai IC merupakan sistem maklumat diri dan keselamatan buat warganegara Malaysia.

Namun tahukah anda, kad pengenalan rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah atau Sarawak berbeza dari penduduk semenanjung.

Menarik perhatian ramai, perkara itu dikongsikan oleh seorang gadis menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok.

Menurut gadis yang dikenali sebagai @yarafaee, kad pengenalan penduduk Sabah dan Sarawak mempunyai huruf khas di hujung kad.

“IC orang Sarawak dia ada huruf ‘K’ dekat hujung kanan IC tu, dekat bawah. IC orang Sabah ada huruf ‘H’.” Katanya.

@yarafaee

4/4/2023 ; officially a proud Sarawakian! 🇲🇾🫶 thank you JPN & Jabatan Imigresen sebab memudahkan kerja saya!!

♬ original sound – tun. – tun.

Ciri khas ini melambangkan hak keistimewaan khususnya dalam urusan imigresen ketika mahu memasuki Sabah atau Sarawak.

Bukan semua penduduk yang lahir di negara tersebut bakal mendapatkan hak itu, dan penduduk negara lain juga boleh memohonnya.

Namun, untuk mendapatkan hak keistimewaan itu, ibu bapa pemohon perlulah berasal dari negara tersebut atau anak jati Sabah/Sarawak.

Hak tersebut membenarkan pemohon untuk masuk ke Sabah atau Sarawak tanpa menggunakan passport atau pas lawatan.

Mereka juga boleh mengunjungi negeri tersebut lebih dari tempoh yang dibenarkan iaitu 90 hari.

Baca juga: Rezeki Aidilfitri dari kerajaan buat doktor kontrak, ramai mula diserap ke jawatan tetap