Daun pandan adalah salah satu jenis tumbuhan tropikal yang mempunyai aroma wangi dan rasa seperti ros, badam serta vanila.
Mudah didapati di Asia Selatan dan Asia Tenggara termasuk Malaysia, daun ini merupakan salah satu tumbuhan popular yang sering digunakan dalam masakan.
Oleh yang demikian, orang ramai pasti tertanya-tanya kaedah manakah yang paling sesuai untuk menyimpan daun pandan agar dapat digunakan dalam jangka masa panjang.
Berikut kami kongsikan tips daripada pengguna Facebook bernama DLa AMaya agar daun dapat bertahan dalam masa berbulan dan kekal segar untuk digunakan.
Tips atau kaedah ini juga dijangka dapat meringankan kos peniaga makanan yang mengggunakan tumbuhan tersebut sebagai bahan penting dalam masakan mereka.
Cara penyimpanan daun pandan
1. Bersihkan daun pandan daripada segala kekotoran.
2. Kemudian, potongkan daun tersebut secara pendek-pendek.
3. Masukkan daun yang telah dipotong sebentar tadi ke dalam bekas plastik kedap udara.
4. Simpankan bekas berisi daun pandan ini ke dalam peti sejuk di bahagian beku (freezer).
“Bagus cara ini. Tampak segar, sihat dan elok sahaja. Berbulan pun boleh tahan. Kalau nak masak boleh ambil sahaja sebab sudah siap dipotong. Sangat mudah.
“Daripada kering sebab beli banyak-banyak, baik simpan beku. Senang nak masak nasi, kuih, hilangkan bau peti ais, atau buat rampai buat wangikan rumah pun boleh,” katanya.
Baca juga: Loji Johor Bahru tender masa Covid-19 elok je siap 2024, Ahli Parlimen perli Menteri Besar