Seorang pereka dalaman rumah berjaya mengundang perbincangan hangat selepas membuat perkongsian mengenai pemasangan penyaman udara.
Menerusi satu hantaran di laman TikTok, pereka dalaman yang dikenali sebagai Amin Yussoff itu mendakwa adanya ‘pantang larang’ untuk memasang peralatan tersebut.
Jelasnya, pantang larang bagi mengelakkan penyesalan di masa hadapan itu adalah membabitkan pemasangan penyaman udara di lokasi yang tidak begitu digalakkan.
Lokasi pertama adalah di atas tingkap kerana daripada sudut reka bentuk dalaman, kedudukan penyaman udara di situ akan menyebabkan ruang bilik kelihatan sempit.
Namun menurut Amin, peralatan itu sering dipasangkan di atas tingkap kerana tidak memerlukan kabel penyambungan panjang dengan pemampat (compressor) di luar.
“Sebagai pereka dalaman rumah, saya haramkan untuk penyaman udara diletakkan di atas tingkap. Kerana susah bagi kami untuk menaikkan langsir kepada ketinggian yang sepenuhnya.
‘Akibatnya, bilik anda tidak dapat direka bentuk untuk mencapai potensi maksimum. Nanti anda juga yang rugi. Letaklah di mana-mana, asalkan bukan di atas tingkap,” katanya dalam hantaran itu.
Dalam perkongsian yang sama, Amin turut melarang pemilik rumah untuk memasang penyaman udara di atas lokasi terletaknya perabot mahupun peralatan elektronik.
Hal ini kerana, penyaman udara boleh mengeluarkan air pemeluwapan ketika proses kondensasi hingga menyebabkan kerosakan jika menitik kepada perabot atau alatan elektrik.
“Cuba elak letak penyaman udara di atas almari, kabinet dan televisyen. Kalau nanti air mula bocor, susah jadinya. Disarankan untuk letak di kawasan lapang yang jauh daripada benda-benda seperti ini.
“Lebih baik keluarkan perbelanjaan tambahan untuk tarik kabel supaya boleh letak penyaman udara jauh sikit berbanding merana di kemudian hari.” Jelas pereka dalaman terbabit.
Namun perlu diingatkan, pemasangan penyaman udara yang memerlukan tambahan kabel penyambungan panjang ini memang jarang dilakukan ekoran menelan belanja besar.
Baca juga: Risau hanyir dan mudah pecah? Ini petua nak masak telur ikan, ‘confirm’ menjadi
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio