Bercucuk tanam merupakan satu aktiviti sihat namun menyeronokkan pada masa sama yang kebiasaannya dilakukan untuk mengisi masa lapang di hari minggu.
Selain memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan, bercucuk tanam juga dapat memupuk amalan berjimat cermat kerana kita tidak perlu membeli sayuran di kedai.
Walaupun terlihat mudah, namun aktiviti ini bukanlah satu kerja ringan seperti yang disangka terutamanya bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam bercucuk tanam.
Maka tidak hairanlah jika ada individu terus berputus asa apabila melihat pokok yang mereka tanam mati atau gagal tumbuh dengan sihat meskipun dijaga dengan baik.
Jangan risau, masalah ini boleh dielakkan sekiranya anda menjauhi enam pantang larang penting yang dikongsikan penanam pokok berpengalaman, Liyana Mohd Poad.
1. Letak baja pada anak pokok yang belum matang
Sekiranya baja diletakkan terlalu awal, daun-daun anak pokok yang belum matang akan melecur hingga kelihatan seperti terbakar lalu kekuningan sebelum layu dan gugur.
Jika kejadian ini berterusan berlaku, anda boleh mula menyiram anak pokok dengan kuantiti air yang banyak untuk menyahkan baja yang telah diserap ke dalam tanah.
2. Jumlah baja yang terlalu banyak
Untuk maklumat pembaca, Baja NPK (Nitrogen, Phosphorus dan Kalium) hanya perlu digunakan dalam kuantiti sedikit iaitu sesudu kecil atau bersamaan 15 butir sahaja.
Manakala, baja organik pula digunakan kebiasaannya akan digunakan dalam jumlah sesudu kecil atau besar bergantung pada jenis baja.
3. Kerap siram tanaman atau siram dengan air banyak
Sekiranya tanaman anda terlalu kerap disiram atau terlalu banyak air, ia akan menjadi punca akar membusuk, tanah berlendir dan mengakibatkan kulat pada pokok.
Tidak boleh dipandang ringan, masalah ini juga bakal mengundang penyakit bawaan tanah dan juga kehadiran semut, anai-anai serta ulat-ulat halus di dalam tanah.
Jika situasi seperti ini berlaku, segera menukar tanah tanaman anda kepada tanah yang baharu.
4. Pasu atau polibeg terlalu kecil
Perkara ini akan menyebabkan anak pokok anda tidak dapat membesar dengan baik kerana pergerakan akar terhad dan pengudaraan pokok juga menjadi terlalu sempit.
5. Tanah terlalu sedikit
Larangan ini khusus kepada jenis pokok yang berakar tunjang kerana ia memerlukan tanah yang banyak. Tanah seharusnya diisi hingga ke permukaan pasu atau polibeg.
6. Tidak membuang daun tua bawah cabang pokok bentuk Y
Sekiranya tidak dibuang, banyak nutrien malah dihabiskan ke bahagian daun di bawah cabang Y. Kesannya, khasiat tidak sampai ke bahagian bunga dan buah.
Baca juga: Risau mesin basuh rosak? Ini tip nak jaga, jangka hayat pun bertambah, nombor 3 jarang orang buat
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio