Baru tahu rupanya orang Sarawak tak makan ikan patin, bahaya kalau terkena sumpahan nenek moyang

Oleh KIM SYAZIE

Siapa sangka rupa-rupanya orang Melayu Sarawak tidak dibenarkan untuk membunuh apatah lagi memakan ikan patin, atas sebab sumpahan dari nenek moyang mereka dahulu.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Azmil Azali, ia berdasarkan kisah lagenda berpuluh tahun dahulu yang sehingga kini masih menjadi kepercayaan masyarakat Sarawak.

Walaupun ada segelintir yang memberitahu bahawa mereka boleh makan ikan tersebut, namun masih ramai yang berjaga-jaga dan tidak melanggar pantang.

Bagi orang Melayu Pahang, ikan patin ini boleh dikatakan hidangan wajib terutamanya untuk masak tempoyak. Tapi berbeza pulak dengan orang Melayu Sarawak kerana rupa-rupanya sebahagian besar dari mereka tidak dibenarkan makan ikan tersebut.

Legenda mengatakan pada satu hari nenek moyang kepada sebahagian orang Melayu Sarawak iaitu Awang Gading sedang mengail ikan di sungai. Secara tiba-tiba dia terdengar suara bayi menangis.

Cari punya cari, dia terjumpa seorang bayi perempuan di atas sebuah batu. Lepas dah fikir masak-masak, Awang Gading bawa balik bayi perempuan itu ke rumah dan dinamakan sebagai Dayang Kumunah.

Setelah meningkat dewasa, Dayang Kumunah mula menjadi perhatian lelaki kerana miliki wajah yang begitu cantik. Dalam ramai-ramai yang minat dekat Dayang Kumunah, Awangku Usop beranikan diri untuk meminang.

Setelah beberapa ketika, pinangan Awangku Usop diterima. Tapi syaratnya Awangku Usop tak boleh suruh Dayang Kumunah ketawa walaupun sekali. Syarat diterima dan mereka berdua terus bersatu.

Lepas beberapa minggu menikah, Awang Gading telah meninggal dunia hingga membuatkan Dayang Kumunah murung dan sedih setiap hari. Tapi kesedihan tu berjaya ditutup dengan kelahiran 5 orang anak.

Benda dah settle tapi Awangku Usop pulak buat masalah. Sebab sampai ke sudah dia tak pernah tengok Dayang Kumunah ketawa. Dia cubalah buat lawak dan bagi pickupline, tapi Dayang Kumunah cuma diam je.

Mungkin dia tak kelakar. Tapi bila anak deme yang bongsu buat lawak, Dayang Kumunah masih tak gelak. Awangku Usop mintak berkali-kali sampailah isterinya ketawa.

Dekat situ kejutan berlaku apabila Awangku Usop terlihat insang ketika isteri ketawa terbahak-bahak. Tunggu apa lagi, Dayang Kumunah terus berlari ke tepi sungai. Awangku Usop dan anak-anak cuba kejar.

Belum sempat cakap apa-apa, Dayang Kumunah terus bertukar jadi ikan patin. Dayang Kumunah pun berpesan kepada keluarganya agar tidak makan ikan patin. Sebab deme macam makan darah daging sendiri.

Sejak itu, sebahagian daripada orang Melayu Sarawak tidak akan sesekali menikmati patin masak tempoyak.

Baca juga: Takut diguling pembangkang, Najib dakwa simpan ‘derma’ Arab untuk kecemasan