Bas milik kerajaan angkut peserta ke program penyatuan Umno-Pas?

Bas milik kerajaan angkut peserta ke program penyatuan Umno-Pas?

Satu gambar yang dilihat wujudnya salah guna aset kerajaan pada program penyatuan Umno-Pas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin tular di media sosial.

Foto tersebut memaparkan sekumpulan lelaki berpakaian imej Pas menunjukkan isyarat ibu jari simbol bagus di hadapan bas terpampang milik Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Sehubungan itu, warga maya mempersoal bagaimana bas kerajaan negeri Terengganu boleh digunakan untuk program parti politik.

Terdapat juga pandangan yang mengesyorkan agar aduan dibuat atas sebab salah guna harta kerajaan untuk tujuan politik kepartian.

Mereka dalam gambar yang tular itu dipercayai antara penyokong Pas yang menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama politik Umno-Pas atas nama Piagam Muafakat Nasional.