Malaysia Dateline

Batal rayuan bebas Ku Nan, cemar kredibiliti Peguam Negara

Tindakan Peguam Negara membatalkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Mansor, mewujudkan persepsi yang sangat buruk dan menghakis kepercayaan umum terhadap institusi Peguam Negara,

Majis Presiden Pakatan Harapan terkejut dan kecewa dengan keputusan itu dari dakwaan kes rasuah melibatkan penerimaan RM2 juta dari seorang ahli perniagaan pada 2016.

Katanya, tindakan Peguam Negara juga telah mencemarkan kredibilitinya dan kebebasannya untuk menjalankan tugas rasminya secara profesional.

Majlis Presiden PH juga akan meneliti kemungkinan tindakan Peguam Negara ini melanggar Perjanjian Memorandum Persefahaman di antara Pakatan Harapan dan Kerajaan, khususnya Perkara 4 berhubung Kebebasan Institusi Kehakiman.

“Oleh itu, Majlis Presiden berpandangan keputusan Peguam Negara berhubung isu Tengku Adnan ini adalah salah dan mengecewakan.

“Kami menyedari bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada menarik balik rayuan tersebut atau tidak,” katanya.

Dalam kenyataan bersama Pakatan Harapan tidak menolak rakyat akan menuntut agar rayuan kes tersebut didengar dan dihakimi sehinggalah segala process perundangan yang dibenarkan telah dilalui sepenuhnya (exhausted).

“Dalam kes ini yang melibatkan pertuduhan kewujudan unsur-unsur rasuah terhadap seorang Ahli Parlimen dan seorang bekas Menteri Persekutuan, Majlis Presiden akan terus meneliti tindakan-tindakan seperti ini dan mempertimbang langkah-langkah yang akan diambil sehingga kedudukannya dipertikaikan dan kewibawaannya tercalar.

“Sekiranya Peguam Negara tidak dapat menjustifkasikan keputusannya maka beliau harus letak jawatan,” kata PH.