Batang Kali: Pihak Bomba nafikan berikan kebenaran sukarelawan sertai operasi SAR

Oleh NASUHA RAHMAN

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, menafikan dakwaan memberi kebenaran kepada pasukan sukarelawan awam menyertai Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh.

Operasi menyelamatkan di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Batang Kali-Genting Highland, Hulu Selangor.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, JBPM Selangor berkata pada hari jumaat 16 disember tular gambar sekumpulan sukaralawan dari badan bukan kerajaan yang memasuki tapak bencana tanah runtuh di tapak perkhemahan.

Dan mendakwa diberi kebenaran membantu operasi mencari dan menyemat (SAR) mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor dengan ini menafikan ada memberi sebarang kebenaran dalam apa jua bentuk kepada mana-mana pasukan sukarelawan awam atau individu untuk menyertai operasi ini selepas arahan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara iaitu anggota ada agensi menyelamat yang terlatih dibenarkan berada di kawasan zon merah itu,” kaya Jurucakap Bomba.

Katanya, pihak tersebut mendakwa mendapat kebenaran membantu operasi SAR mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan tanah, adalah tidak benar.

“Kami menafikan ada memberi sebarang kebenaran dalam apa juga bentuk kepada mana-mana pasukan sukarelawan awam atau individu untuk menyertai operasi.

“Ini selaras arahan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN 20) iaitu hanya anggota dan agensi menyelamat yang terlatih dibenarkan berada di kawasan operasi Zon Merah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lima agensi yang disahkan mendapat kebenaran adalah JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Dalam pada itu, tambahnya, tiga aspek utama turut diambil kira untuk anggota terlibat iaitu keselamatan, kemahiran, dan kecergasan.

“Keadaan semasa struktur tanah kawasan bencana dalam keadaan lembut, jika hujan kemungkinan berlaku runtuhan susulan di lokasi kejadian.

“Keadaan tersebut memerlukan kepekaan dan latihan khusus serta kesediaan kita menghadapi situasi sukar dan tidak dijangka, disebabkan itu kemahiran anggota dan kecergasan fizikal diperlukan,” katanya.

Baca juga: Hujan tak berhenti Bandar Permaisuri dilanda banjir paling buruk