Baru pertama kali bertemu, seorang lelaki dari China terkejut apabila pasangannya nekad membawa saudara bersama.
Jika seorang dua boleh diterima lagi tapi wanita tersebut membawa 23 orang saudara dan mengharapkan si lelaki untuk membayar sepenuhnya makanan untuk janji temu pertama.
Menurut Thethaiger, Encik Liu bertemu dengan pasangannya Cik Zhang melalui seorang pengantara yang mengaturkan temu janji pertama mereka.
Setelah sampai, Liu terkejut melihat Zhang tiba dengan segerombolan saudara namun dia masih bersikap terbuka dan menerima mereka dengan senyuman.
Selepas selesai, Liu pergi untuk mengambil bil dan terkejut melihat kos yang terlalu besar buatnya malah bil mencecah mereka RM13,000 (20,000 yuan).
Kakitangan di restoran itu juga berbisik bahawa harga yang tinggi itu disebabkan oleh keluarga wanita itu memesan sejumlah besar rokok mahal dan alkohol berkualiti tinggi.
Tak sanggup membayar bil yang terlalu mahal, dia membuat keputusan untuk meninggalkan restoran dan bil akhirnya diselesaikan oleh Zhang.
Tidak berpuas hati Zhang mencari Liu untuk menampung separuh kos bil namun Liu hanya mahu membayar bahagiannya sahaja iaitu RM2,589 (4,000 yuan).
Ini menimbulkan kemarahan saudara Zhang dan membawa kes ini ke mahkamah bagimanapun mahkamah berada di pihak Liu.
Mahkamah memutuskan Liu hanya perlu menampung kos makan dan bahagian Zhang, yang berjumlah kira-kira RM906 (1,400 yuan), lapor Sanook.