Belum reda isu penganjuran majlis perkahwinan ala barat, pelakon terkenal, Janna Nick sekali lagi dihimpit kontroversi.
Teruk dikecam warga maya, semuanya berpunca dari satu rakaman yang dimuat naik di laman Instagram milik Janna Nick.
Menerusi postingan tersebut, pelakon yang berusia 28 tahun itu difahamkan sedang berbulan madu bersama suami, Dini Schatzmann.
Memilih pulau Koh Lipe, Thailand sebagai lokasi, postingan Janna telah mengundang pelbagai kecaman dan reaksi negatif.
Mana tidaknya, ketika bersiar-siar di tepi pantai berdekatan resort bersama suami, Janna turut dilihat ditemani oleh seekor anjing.
Menyita perhatian penonton, anjing yang jinak itu dilihat mengikuti kemana-mana sahaja aktres itu pergi termasuklah ke dalam air.
Dikategorikan sebagai najis berat atau ‘mughallazah’, pelantun lagu Gatal itu bagaimanapun langsung tidak menyentuh anjing berkenaan.
Namun begitu, tindakan pelakon tersebut memuat naik video berkenaan untuk tontonan umum tidak disenangi penonton.
Malah, ramai yang menyifatkan tindakan Janna itu seolah sengaja mahu mencari perhatian dan mencipta kontroversi baru.
“Kenapa suka buat kerja minta kecaman. Nanti bila orang cakap hang sakit otak, sakit hati pulak,” komen seorang penonton.
“Apa tujuan awak, kucing dah tak ada ke? Demi Allah, rasanya lebih bagus kalau video ini dipadam.” Kongsi peminat yang kecewa.
Baca juga: Ugut mahu pukul orang awam, pegawai polis hina anggota bawahan disiasat