Kerlipan ‘bintang’ sambut ketibaan Tun Mahathir

Kerlipan ‘bintang’ sambut ketibaan Tun Mahathir

 

 

 

Rata-rata masyarakat di Semenyih menyambut ketibaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini dengan menyalakan lampu di telefon bimbit masing-masing.

Mereka terdiri daripada berbilang kaum teruja dengan kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diiringi calon bagi PRK Dun Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.

Sejurus nama Tun Mahathir diumumkan, orang ramai yang terlebih dahulu mengerumuni khemah ceramah perdana bersebelahan Tesco Semenyih itu mulai bersorak antaranya “Hidup Tun”.

Ceramah malam ini dihadiri pemimpin tertinggi setiap parti komponen PH iaitu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Seramai 53,520 pengundi biasa di N.24 Semenyih akan membuang undi 2 Mac ini.

Tun Mahathir menjulang tangan calon PH, Muhammad Aiman Zainali.