Malaysia Dateline

Bayangkan kalau pembeli yang cakap – ‘Maaf, tak cukup 5 sen’

Bayangkan jika ada pembeli yang selamba berlalu dari kaunter bayaran mengucapkan kata maaf sambil pergi tanpa cukup 5 sen.

Adakah juruwang atau peniaga dapat menerima alasan itu? Bagaimana pula ada sesetengah pihak kedai di kaunter bayaran tidak memulangkan baki 5 sen kepada pembeli dengan alasan tidak cukup?

Realitinya, bukan semua pembeli boleh menerima alasan tidak cukup 5 sen dan dalam masa sama tidaklah berkira apabila tidak mendapat baki syiling itu.

Namun, katakan dalam sehari itu, ada 10 pelanggan bersikap ‘tidak apa’ dengan tidak menerima baki 5 sen, sudah berapa untung pihak kedai dapat?

Ikuti luahan hati FDAUS AHMAD mengenai isu duit baki tidak cukup 5 sen ini:

Pergi beli air di Zus, harga air RM11.75. Saya bagi RM12.00. Adik cashier cakap;
“maaf bang, tak ada duit 5 sen”

Dengan bersahaja, dia pulangkan aku 20 sen beserta resit. Saya cakap ke dia;

“kalau tak ada 5 sen, kau kena bagi aku 30 sen, bukan 20 sen. Kenapa pulak aku kena absorb hilang 5 sen sebab kau yang tak ada baki?

Terkebil-kebil dia. Mungkin dah biasa buat, tapi kali ni tersilap orang.

Ramai orang bila beli benda yang so call ‘premium’ ni mungkin tak peduli pun. Alahhh 5 sen je pun, apa benda nak berkira.

Tak, bukan isu berkira.

Tapi yang sebenarnya, isu tu bukan pada nilai 5 sen, 50 sen atau 50 ringgit sekalipun – dia lebih pada gentleman principle antara penjual dan pembeli.

“Bayangkan harga tadi RM11.75, tapi saya bayar RM11.70 kemudian saya blahh sambil cakap maaf dik saya tak cukup 5 sen. Apa awak rasa?”

Masih terkebil-kebil, dia hulur aku lagi 10 sen.

Aku senyum dan cakap “terima kasih”

Paling tidak, hari ni adik tadi dah dapat satu pelajaran yang sangat bermakna.

Baca juga Masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit, ini 5 tips kekal tenang walau duit tinggal 10 sen

Baca juga Tinggal sehelai sepinggang, rumah dan kereta mewah hangus dijilat api