Bayar hutang 1MDB umpama bina 2 universiti & 3 hospital setiap tahun

Bayar hutang 1MDB umpama bina 2 universiti & 3 hospital setiap tahun

Berapakah jumlah hutang 1MDB yang perlu ditanggung kerajaan BN dengan wang negara?  Menurut Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terpaksa memperuntukkan sebanyak RM3.3 bilion setiap tahun untuk membayar hutang 1MDB.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Rafizi Ramlikewangan negara membimbangkanBerapakah jumlah hutang 1MDB yang perlu ditanggung kerajaan BN dengan wang negara? Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ada jawapannya.

Menurut Naib Presiden PKR itu, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terpaksa memperuntukkan sebanyak RM3.3 bilion setiap tahun untuk membayar hutang 1MDB.

Jumlah itu bersamaan dengan pembinaan dan operasi dua universiti awam (IPTA) dan tiga hospital awam setiap tahun bagi tempoh 15 tahun.

“Bagi tempoh matang purata selama 15 tahun, ini bermakna rakyat Malaysia akan kerugian 30 universiti awam (IPTA) dan 45 hospital awam akibat menanggung hutang 1MDB setakat ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, beliau bertegas bahawa skandal 1MDB tidak boleh dilupakan begitu sahaja dan rakyat tidak wajar berputus asa hanya kerana Najib masih kekal sebagai Perdana Menteri.

“Pimpinan politik dan masyarakat turut sama perlu memikirkan langkah mengelakkan tanggungan hutang ini dan mengambil tindakan secepat mungkin,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Gabenor Bank Negara yang baru, Datuk Muhammad Ibrahim yang yakin bahawa kerajaan akan membayar semua hutang 1MDB.

“Walaupun saya faham amaran tersirat beliau kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa kedudukan ekonomi dan kewangan negara hanya boleh pulih sekiranya beban kewangan akibat 1MDB diselesaikan segera, ia seolah-olah melupakan bahawa sebarang hutang 1MDB yang diselesaikan kepada kerajaan sebenarnya mendera rakyat lebih teruk dari sekarang,” ujarnya.

Rafizi menambah, hakikat bahawa hutang-hutang 1MDB akhirnya akan ditanggung oleh rakyat bukanlah satu perkara yang baru diketahui.

Rakyat tambah beliau, mengetahui jika hutang-hutang ini tidak dibayar terus oleh Kerajaan Persekutuan melalui pengambilalihan anak syarikat 1MDB seperti yang berlaku dengan SRC International Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Sdn Bhd; hutang-hutang itu akan ditampung oleh suntikan aset negara, kontrak-kontrak besar, pemberian geran dan lain-lain oleh Kerajaan Persekutuan.

TAGS