Sebut sahaja bufet iftar di hotel, pastinya ramai akan terbayang lauk penuh meja dan pastinya mampu mengeringkan dompet.
Namun jika makanan mahal tapi kena dengan kualiti yang dihidangkan maka tidaklah terasa mahu marah.
Seorang pengguna Tiktok @nonachaca317, memuat naik pengalaman makan bufet iftar di sebuah hotel yang terletak di Ampang.
Sudahlah satu kepala dikenakan harga RM85, makannya pula cepat habis dan tidak banyak pilihan.
Makanan dikatakan hampr habis walaupun baru menjengah pukul 7.15 malam dan rasa makanan juga tidak sesedap mana.
“Servis out (teruk) daripada staf sampai makanan, asyik pandang kita ambil makanan kemudian bisik-bisik. Dia risau makanan habis tapi kuantiti pun sikit,” ujarnya.
Rata-rata warganet yang pernah makan di tempat sama memaklumkan bahawa ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku
“Hotel ni memang out dari zaman purba lagi madam, daripada staf smpai makanan tak pernah berubah,” komen pengguna TikTok.
“Dah pernah pergi tahun lepas, itulah kali pertama dan terakhir aku pergi situ. Bayar mahal tapi akhirnya ajak tunang pergi makan shawarma,” tambah Ilyana Fatihah.
Baca juga: Guna dua laluan ini untuk elak kesesakan di Gua Musang – Polis