Malaysia Dateline

Bayar RM300 juta kepada Singapura: Bayangkan kalau PH yang perintah

Malaysia terpaksa membayar lebih RM300 juta kepada Singapura sebagai pampasan berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Jumlah pampasan itu telah dipersetujui kedua-dua negara sebagaimana dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung dalam satu kenyataan bersama.

Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya pembatalan projek ini berlaku ketika zaman kerajaan Pakatan Harapan.

“Kalau PH masih kerajaan, what do you think some of the comments would be?,”ciap beliau.

Rata-rata pengguna Twitter membalas pertanyaan Ong Kian Ming dengan mengatakan apa yang terjadi kerana salah DAP.

“Semua salah DAP. Semua salah Guan Eng,” balas Anderteow.

“Salah DAP,”kata Sowcboon

“The more faster, Malaysia bankrupt!”tweet RameshRaoAks.

Malaysia dikehendaki membayar RM320,270,519.24 kepada Singapura sebagai pampasan.

“Bayaran S$102,815,576.00 (RM320,270,519.24) sudah dibuat Kerajaan Malaysia sebagai pampasan terhadap kos ditanggung Kerajaan Singapura dalam pembangunan projek HSR dan berkaitan penangguhan projek berkenaan.

“Kedua-dua negara mencapai persetujuan berhubung jumlah terbabit susulan proses pengesahan oleh Kerajaan Malaysia. Jumlah ini penyelesaian penuh dan terakhir berkaitan penamatan perjanjian dua hala,” menurut kenyataan itu.