Malaysia Dateline

Bayaran pengeluaran khas KWSP dipercepatkan mula dikredit hari ini

Bayaran pengeluaran khas KWSP dipercepatkan mula dikredit pada hari ini. Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikredit ke akaun bank simpanan atau semasa pemohon secara berperingkat mulai esok dan bukannya 20 April seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan perkara itu dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Ini berikutan ramai yang memberi komen di media sosial Tengku Zafrul meminta beliau mempercepatkan proses kredit RM10,00 ke akaun pemohon.

Bayaran pengeluaran khas KWSP dipercepatkan mula dikredit hari ini
Bayaran akan dikredit mulai 18 April 2022

“Ramai yang mesej dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?” tulis beliau.

Justeru beliau mendengar dan memahami suara pemohon kemudian beliau berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Beliau berharap pengeluaran ini akan lebih menceriakan menjelang sambutan Aidilfitri.

Baca juga: RM10,000 dikredit ke akaun pemohon dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung pada bank