Bayaran sara hidup peneroka, menteri diminta campur tangan segera

Mazlan meminta Azmin campurtangan segera

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mempohon Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seti Mohamed Azmin Ali agar campur tangan segera dalam kes penyaluran kos sara hidup peneroka yang kini terhenti.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, baaran sara hidup yang biasanya diterima peneroka setiap 25 haribulan hingga kini masih belum diterima.

“Apa yang meresahkan peneroka dan merungsingkan saya kerana, wang sara hidup ini belum dibayar. Ia sepatutnya dibayar sebelum 25hb setiap bulan.

“Saya menerima panggilan talipon, sms dan whatsapp dari peneroka seluruh negara mengenainya,” kata Mazlan.

Menurut Mazlan, beliau telah berhubung dengan Pengarah Besar Felda memohon penjelasan beliau.

“Saya juga menghubungi Tengku Maradziah, Pegawai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, gesaan saya agar Menteri yang berkaitan Felda ini campurtangan,” kata Mazlan.

Katanya, Felda perlu memastikan keselesaan hidup rakyat.

“Isu ini boleh sahaja di manipulasi, yang memberi kesan negatif kepada Kerajaan PH.

“Justeru, selesaikan segera isu yang sebegini penting!” kata beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Permuafakatan Ngo Felda berkata, antara janji Pakatan Harapan jika memerintah ialah meningkatkan pinjaman Sara Hidup dari RM1,000-1,500 setiap bulan kepada RM2,000 sebulan tanpa faedah.

Ia bersesuaian dengan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi peneroka sementara sawit atau getah mereka mengeluarkan hasil.

Sementara itu, para peneroka Felda mula marah-marah kepada Pakatan Harapan ekoran mereka tidak menerima bantuan wang sara hidup yang mereka terima setiap 25hb ketika Barisan Nasional (BN) memerintah selama ini.

Seorang anak peneroka Felda dari Negeri Sembilan berkata, ayah beliau sentiasa menerima wang itu pada setiap 25hb tetapi selepas hampir 10 hari berlalu ia masih belum mereka terima.

“Bapa saya dan rakan-rakan penerokanya kini marah-marah kepada PH,” kata beliau kepada Malaysia Dateline yang bimbang kalau ianya tidak diuruskan segera.

9.7
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 10.0