Kekuatan vokal penyanyi Aina Abdul yang memukau dan aura pementasannya tidak perlu dibicarakan lagi.
Wanita berusia 30 tahun itu sentiasa menjadi inspirasi dengan gaya unik pada setiap persembahannya.
Tidak hairanlah jika ada desas-desus mengatakan dia menerima bayaran yang mahal jika mahu dijemput melakukan persembahan.
Baru-baru ini penyanyi itu telah diundang membuat persembahan sempena ulang tahun penubuhan sebuah syarikat yang berlangsung di Melaka.
Beberapa rakaman video juga memperlihatkan Aina sedang membuat persembahan dan menghiburkan penonton telah dimuat naik dalam media sosial sehingga tular.
Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah komen yang ditinggalkan seorang individu yang tertanya bayaran menjemput Aina Abdul.
Memetik OhBulan, rakan kepada penganjur meninggalkan komen, mengatakan bahawa pelantun lagu Terus Hidup itu merupakan artis yang menerima bayaran termahal berbanding artis lain yang turut dijemput dalam acara tersebut.
Selain Aina, beberapa penyanyi lain yang turut diundang pada acara berkenaan ialah Naim Daniel, Nicole Lai, kumpulan Exist serta Puan Seri Sarimah Ibrahim selaku pengacara majlis.
Difahamkan kenyataan itu ditulis individu tersebut bagi menjawab pertanyaan seorang netizen yang bertanyakan berapakah bayaran sekiranya ingin mengundang Aina membuat persembahan.
Baca juga: Dah nak kahwin baru kantoi mak bapa tak pernah bernikah, rupanya adik beradik semua anak luar nikah