Bayi 24 hari antara peserta program khatan perdana

Bayi 24 hari antara peserta program khatan perdana

Seorang bayi berusia 26 hari, Muhamad Syihab Azuhri, menjadi antara insan istimewa yang menyertai program khatan perdana peringkat Parlimen Baling, di sini hari ini.

IbunyaSiti Raudhah Umar, 28, berkata, dia dan suaminya, Syazwan Mohamad Ayub, 31, sudah memasang niat mengkhatankan anak mereka pada usia bayisejak mendapat anak sulung yang kini berusia setahun 10 bulan.

Bagaimanapun pada ketika anak sulung saya masih bayi, kami tidak mempunyai keberanian untuk melakukannya. Selepas mendapat bayi kedua, kami nekad. Lagipun, lebih mudah untuk menjaga bayi yang berkhatan berbanding kanak-kanakkatanya ketika ditemui pemberita di majlis tersebut.

Pasangan dari Charok Sikin itu berkata mereka mengkhatan Muhamad Syihab Azuhri setelah mendapat nasihat daripada pakar perubatan dan mereka yang ariftentang agama.

Jadi, memang tiada masalah walaupun nenek mereka agak terkejut apabila kami mengambil keputusan melakukannya ketika bayi kami berusia 26 hari. Cuma doktor minta kami kerap memeriksa dan menukar lampin bagi mengelak jangkitan. Lagipun, berkhatan pada usia muda adalah antara sunah Rasullulah, katanya.

 

Sementara itu, bapa kepada kanak-kanak kembar, Yusuf Yaacob, 46, berkata dia memilih untuk menggunakan khidmat tok mudim kerana mahu budaya berkhatan secara tradisional diingati oleh anak-anaknya.

Jelasnya anak kembarnya, Muhamad Abu Soleh dan Muhamad Abu Kholid, 6, tertarik untuk melakukan khatan beramai-ramai selepas melihat sepupu mereka yang seusia bersunat pada program sebegitu tahun lalu.

Bagaimanapun saya tidak memberitahu mereka cara apa yang akan digunakan. Ketika berkhatan, adalah mereka menangis sedikit tetapi selepas dipujuk, mereka dah okay. Saya sendiri, meminta pandangan daripada kawan-kawan dan mereka menyuruh saya memilih cara tradisional kerana lebih menarik, katanya.

Dalam pada itu, lebih 800 kanak-kanak lelaki di Baling menyertai Program Berkhatan Perdana 2017 dengan lebih 600 daripada mereka memilih berkhatan secara tradisional dengan menggunakan

khidmat tok mudim, Mohamad Rizal Abdul Ghani, 41, bersama lapan pembantu.

Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata program tersebut sudah memasuki tahun ke sepuluh dan akan diteruskan pada masa hadapan memandangkan ia sentiasa mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk.

Ini adalah cara kami dari pejabat Pusat Khidmat Anggota Parlimen dengan kerjasama Kelab Putra 1Malaysia dan Hospital Baling serta pelbagai agensi membantu rakyat terutama keluarga yang mempunyai ramai anak lelaki yang bakal melangkah ke alam dewasa, katanya.

CATEGORIES