Malaysia Dateline

Bayi lelaki tidak puas hati dihias serba ‘pink’- Anugerah terindah, kata warga maya

Satu gambar menunjukkan seorang bayi lelaki seolah-olah tidak berpuas hati apabila ibu bapanya memakaikan baju, topi dan selimut dengan serba ‘pink’.

Bayi tersebut diberi nama Muhammad Aqil Amsyar sebaik sahaja dilahirkan walaupun ketika dalam kandungan namanya lain.

Melalui perkongsian di facebook Mamad Sue nama bayinya ketika di dalam perut adalah Annur Annis Eryna.

“Annur Annis Eryna. nama diberi masa dalam perut. Keluar perut jadi Muhammad Aqil Amsyar.

“Pengalaman dan suprise pling best, scan 6 bulan katenye prempuan. Ayah redho sebab nak baby lelaki..Tak puas hati..Scan lagi kali ni 4D punye kasi jelas lagi.

“Dr cakap prempuan jugak..Ibu pon beriye lah beli segala baju bedung barang pinky2. Dengan name berbulan ibu cari,” katanya.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan kedua ibu bapa ini terkejut kenapa boleh jadi lelaki.

“Nahhhhh sekali keluar belalaiii..Mase Dr angkat dan tanye tgok anak awk ni lelaki ke prempuan..ibu pon jawab..eh kenape lelaki.

“Misi dan doc pon ketawa..Baby kat dada ibu lagi ibu da call ayah dan taktaw nak gelak ke nak nangis..maka begelak lah kami.

“Kejadiannya jadilah Mat Jambu kt spital,” katanya.

Perkongsian bayi lelaki ala ‘girl’ itu mengundang komen-komen dari netizen ramai yang berkongsi pengalaman yang sama.

Tidak kurang juga ada yang menzahirkan rasa syukur dengan anugerah terindah daripada Allah buat kedua mereka ini.

“Kenangan manis dan mahal yang di impikan setiap insan yang bergelar suami isteri (semoga yang menanti Allah segera memberi)..paling mahal lagi tengok muka baby tu macam tak puas hati..marah ke apa kat ibu nya tu,”komen Abu Rock.

“Boy ke girl..alhamdulillah.Janji sehat walafiat,” komen Faiz Afandi.

“Ni lebih kurang mcm kes saya besalin anak sulung,dari awal sampai nak besalin scan doktor kata baby girl,memang dah sedia2 cari nama girl..sekali keluar Mohd Farih Ramadan ..yg c anak ni pun smpai tadika kalau tanya dia girl atau boy,mesti di jawabnya girl..nasib baik dah 16 tahun ni dia tak kata girl lg,” komen Lizah Katakpuru.

Baca juga: Pelanggan AKSB ‘kena lipat’ patut bayar deposit RM400 lebih bukan RM1000, baki pula terus jadi sumbangan

Baca juga: DUN hanya akan bubar lepas Bajet Pahang 2023 diluluskan