Malaysia Dateline

Bazaar Ramadhan: Majlis Bandaraya Kuching Utara belum putuskan

Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan mengadakan mesyuarat minggu hadapan bagi memutuskan sama ada Bazaar Ramadhan di kawasan pentadbirannya akan diteruskan atau tidak berikutan penularan wabak Covid-19 pada masa ini.

Menurut Datuk Bandar MBKS, Datuk Wee Hong Seng, sekiranya penularan wabak Covid-19 berterusan, maka Bazaar Ramadan tidak akan beroperasi seperti tahun sebelum ini.

“Ini adalah sebagai langkah keselamatan kepada orang ramai kerana kita bimbang rantaian Covid-19 tidak dapat diputuskan jika Bazaar Ramadhan diteruskan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas perlaksanaan pemeriksaan suhu badan di Pasar Komuniti Stutong,di Kuching pada Selasa.

Beliau menjelaskan,pihaknya turut mendapat maklum balas masyarakat sebelum membuat keputusan berkaitan perkara tersebut.

Pada masa sama, beliau turut menasihati penduduk dan masyarakat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan( PKP) bagi membendung rantaian Covid-19.

“Ikutlah arahan dengan hanya duduk di rumah. Berikanlah kerjasama untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini,” tambah beliau lagi.