Bazar Ramadhan KL meriah, Khalid turun lihat sendiri
Khalid dan isteri turun ke Bazar Ramadhan KL yang terbukti sangat meriah, penuh dengan pengunjung.

Bazar Ramadhan KL meriah, Khalid turun lihat sendiri

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad bersama isteri turun sendiri ke Bazar Ramadhan KL di Jalan Raja, Kuala Lumpur yang dilaporkan oleh media kononnya tidak mendapat sambutan itu.

Terbukti, sambutan kepada bazar itu meriah sekali.

Posting yang dibuat Najib di Sandakan terbukti palsu.

Ia berbeza sekali dengan apa yang didakwa oleh bekas perdana menteri kononnya Bazar Ramadhan di Sandakan lebih meriah dari Bazar Khalid Samad.

“Kesian bosshang. Calon dapat jumlah undi yang jauh kurang berbanding calon PH di Sandakan.

“Itu fakta yang tak dapat dinafi.

“Berita kononnya bazar Ramadhan KL tak ramai orang adalah palsu. Dah takde isu, berita palsu pun diguna.

“Apa khabar bosshang pagi ni? Jangan nangis naa,” tulis Khalid pada twitternya hari ini.

Dalam postingnya di Sandakan dua hari lepas, Najib berkata, bazar Ramadhan di Sandakan lebih meriah dari Bazar Khalid Samad.

SUASANA DI BAZAR RAMADHAN KL

Yang paling menarik, di sini mempunyai pelbagai kemudahan berbanding tapak lamanya di Lorong Tuanku Abdul Rahman.

Ketika para isteri sibuk membeli belah, suami dan anak-anak pula boleh bermain-main di padang Dataran Merdeka.

Apabila masuk waktu berbuka mereka berkelah di padang itu sambil berbuka puasa.

Di situ juga disediakan kemudahan tempat solat.