BDS Malaysia gesa pasaraya Giant tarik jualan  produk Israel

BDS Malaysia gesa pasaraya Giant tarik jualan produk Israel

BDS Malaysia menyeru Giant Hypermarket Malaysia digesa untuk menarik balik barangan dan produk buatan Israel dengan serta-merta membabitkan jenama Shay Shaul.

Jenama Shay Shaul yang mengeluarkan pakaian adalah syarikat dari Israel.

Menurut kenyataan Pengerusinya Prof Mohd Nazari Ismail, rangkaian pasararaya Giant itu menjual jenama Shay Shaul tidak seharusnya berlaku ketika rakyat negara ini memboikot produk dari Israel.

“BDS Malaysia menyeru Giant Hypermarket Malaysia digesa untuk menarik balik barangan dan produk buatan Israel dengan serta-merta membabitkan jenama Shay Shaul.

“Jika tidak, kami akan mengambil langkah-langkah untuk meminta kerajaan Malaysia mengambil tindakan terhadap Giant dan akan menjalankan kempen awam di seluruh negara yang bertujuan untuk memboikot Giant,” ujar kenyataan itu hari ini.

BDS Malaysia juga menggesa rakyat Malaysia untuk membuat bantahan berkenaan perkara ini dengan mengisi borang maklum balas pelanggan secara online di sini: ( http://www.giant.com.my/contact-us/contact.aspx )

BDS (Boikot, Pelupusan dan Sekatan Terhadap Israel) adalah gerakan global yang bertujuan untuk meningkatkan tekanan ekonomi dan politik terhadap Israel sehingga ia mematuhi undang-undang antarabangsa dan memberhentikan aktiviti pendudukan dan penindasan rakyat Palestin.

BDS Malaysia adalah sebahagian daripada gerakan global ini yang kini terdiri daripada NGO, berbagai persatuan agama, kesatuan sekerja, persatuan akademik dan pelajar serta penerima anugerah Nobel untuk keamanan.

Kata kenyataan itu lagi gerakan BDS antarabangsa telah berjaya berkempen menentang syarikat perniagaan yang bersubahat dalam kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

“BDS Malaysia tidak akan teragak-agak untuk turut serta dengan kempen terhadap Giant jika Giant masih berdegil untuk menjual produk syarikat Israel.

“Kami harap Giant akan membuat keputusan yang sewajarnya tentang perkara ini secepat mungkin,” ujar kenyataan itu.

TAGS