Bebaskan agensi pertanian dari cengkaman politik, tumpu tingkatkan produktiviti petani

Bebaskan agensi pertanian dari cengkaman politik, tumpu tingkatkan produktiviti petani

Agensi pertanian diarah memberi tumpuan sepenuhnya untuk meningkatkan taraf hidup dan produktiviti petani dan membebaskan diri dari cengkaman politik.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata para pegawai agensi pertanian perlu diberi kebebasan penuh untuk mengembangkan keupayaan masing-masing bagi menjayakan matlamat pertanian negara.

“Kerajaan mahu agensi seperti KADA ini bekerja untuk rakyat khusunya petani, bukannya menjadi alat politik sesiapa.

“Tak payah pakai baju parti saya, tumpukan kerja untuk lonjakkan keupayaan petani,” katanya ketika berucap di majlis Dialog Bersama Menteri di Nilam Puri semalam.

Beliau tidak mahu ada lagi kedengaran kakitangan agensi pertanian mengadu mereka dinafikan hak atau dizalimi kerana politik.

“Kalau ada lagi sungutan seperti ini saya mahu aduan dibuat terus kepada saya dan sayalah orang pertama yang akan membela kes sumpama itu,” katanya.

Menurutnya langkah pertama beliau sebagai menteri pertanian adalah untuk memastikan pengeluaran makanan negara mencukupi dan mampu dibeli oleh semua lapisan pengguna.

“Kita mesti menjadi pembekal makanan berkualiti tinggi, cukup untuk kegunaan rakyat dan dipasarkan pada harga yang mampu oleh semua,” katanya.

Esco Pertanian Kelantan Saripudin Ismail (kanan) turut hadir di majlis iftar bersama Menteri Pertanian Salahuddin Ayub.

Negara katanya perlu mempunyai pengeluaran makanan yang tidak perlukan kebergantungan kepada import.

“Ini penting dari segi keselamatan makanan atau ‘foood security,”

Agensi pertanian persekutuan seperti KADA katanya tiada sebab untuk tidak memberi khidmat terbaik kepada para petani kerana segala-galanya telah disediakan.

“Kita ada sistem pengairan terbaik yang dibekalkan melalui skim Kemubu, Tumpat dan Pasir Mas yang telah beroperasi begitu lama.

“Kita ada pasukan pakar dan kakitangan sokongan cukup untuk membantu para petani.

“Dan kerajaan terus menerus memberi subsisdi input pertanian kepada pesawah terutama baja padi,” katanya.

Semua itu dapat membuahkan hasil terbaik untuk semua pihak bila kita uruskan dengan penuh amanah.

“Jika semua kita dari kami di kemeterian hinggalah para petani laksanakan segalanya dengan amanah tentukan negera kita maju dan petani kita berjaya.

“Tapi ada yang dapat baja pergi jual di seberang (negara jitran) tentulah padi kita tidak menjadi dan semua pihak akan kerugian,” katanya.

Mengenai status Bernas sebagai pemain tunggal industri padi dan beras negera beliau menyangkal konon ada cadangan menutup badan itu.

“Kita cuma akan mencadangkan untuk membenarkan pihak lain turut mengambil bahagian bagi menamatkan monopoli.

“Bernas tidak akan ditutup dan akan terus beroperasi seperti biasa,” katanya kepada media selepas majli itu.

Salahudiin yang mempunyai jadual ketat dalam lawatan sehari ke Kelantan turut meninjau pusat penternakan ikan air payau di Jubakar Pantai, Tumpat.

“Kita telah mendengar aduan penternak ikan mengenai kedalaman air yang tidak stabil.

“Kementerian sudan setuju untuk meluluskan peruntukan untuk tujuan itu dan saya akan berunding dengan kerajaan negeri bagi melaksanakan projek berkenaan,” katanya.

Beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama kakitangan KADA dan jemputan awam di RTC Tunjong.

Selepas solat terawih beliau mengadakan pertemuan santai dengan komuniti neyalan di Paintai Sabak, Pengkalan Chepa.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS