Bebaskan 3 mahasiswa ditahan, solidariti depan IPD Seri Iskandar malam ini

Bebaskan 3 mahasiswa ditahan, solidariti depan IPD Seri Iskandar malam ini

Pemuda Amanah nasional menyeru semua pihak untuk bersolidariti bersama tiga mahasiswa di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Iskandar tepat jam 8 malam ini.

Ketua pemuda Amanah nasional, Sany Hamzan mengajak seluruh organisasi-organisasi anak muda, badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik dan seluruh rakyat bersama bersolidariti menuntut pembebasan ketiga-tiga mahasiswa yang masih ditahan.

Menurutnya, penahanan reman tiga orang mahasiswa pagi ini dengan dinafikan hak untuk diwakili peguam jelas mencabuli hak mereka sebagai warganegara.

“Pemuda Amanah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini dan menuntut agar ketiga-tiga mahasiswa tersebut dibebaskan segera,” katanya.

Polis kata beliau, perlu profesional dalam sebarang tindakan penguatkuasaan undang-undang.

“Mengelirukan peguam dengan maklumat tidak betul dan menyembunyikan maklumat sebenar lokasi permohonan reman awal pagi tadi sama sekali tidak boleh diterima,” katanya yang juga seorang peguam.

Beliau berharap polis memberikan kerjasama penuh kepada para peguam.

“Tindakan kebudak-budakan seperti ini tidak hanya menjejaskan imej, bahkan memberikan persepsi umum bahawa polis berpihak kepada kleptokrasi,” katanya.

TAGS