Bebasnya Salleh beri mesej Najib tidak peduli kemarahan rakyat, kata Rafizi

Rafizi Ramli mendakwa keputusan mahkamah yang membebaskan Datuk Seri Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) dari sebarang salah laku secara langsung memberikan mesej bahawa  pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sedikit pun peduli dengan kemarahan rakyat mengenai skandal ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Rafizi Ramli mendakwa keputusan mahkamah yang membebaskan Datuk Seri Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) dari sebarang salah laku secara langsung memberikan mesej bahawa  pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sedikit pun peduli dengan kemarahan rakyat mengenai skandal ini.

Walaupun NFC ini yang menyebabkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil terpaksa meletakkan jawatan, namum pembebasan Mohamad Salleh dari pertuduhan pecah amanah menggunakan dana NFC sebanyak RM9,758,140 untuk membeli 2 unit kondominium mewah di One Menerong, Bangsar telah menunjukkan Najib tidak peduli.

“Jika sebelum ini skandal NFC hanya terpalit kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, keputusan hari ini mengesahkan bahawa skandal NFC ini bukan sahaja melibatkan keluarga bekas menteri itu tetapi keseluruhan Umno kerana pimpinan Umno di dalam kerajaan memberi izin dana NFC digunakan untuk membeli kondominium,” kata Rafizi dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pimpinan Umno supaya jangan terlalu ghairah berselindung di sebalik alasan pembelian atau perbelanjaan yang tidak munasabah mematuhi prosedur untuk lari dari tindakan undang-undang.

Seperti mana juga alasan yang digunakan di dalam skandal YaPEIM,  rakyat menilai kewajaran perbelanjaan itu berlaku; bukan semata-mata sama ada ia telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah atau tidak, dakwa Rafizi.

“Keputusan pada hari ini dan sangkaan saya bahawa wakil kerajaan telah membenarkan pembelian ini (jika benar) mengesahkan bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada iltizam untuk memerangi penyelewengan atau rasuah,” katanya.

Mahkamah semalam membebaskan Mohamad Salleh dari sebarang salah laku  pecah amanah apabila menggunakan dana NFC sebanyak RM9,758,140 untuk membeli 2 unit kondominium mewah di One Menerong, Bangsar.

Rafizi yang mendedahkan perkara ini sebelum ini berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu namun akan menunggu perincian perbicaraan sebelum boleh membuat komen lanjut.

“Tetapi saya boleh mengagak tertuduh mengemukakan bukti bahawa pembelian tersebut telah diluluskan mengikut prosedur dan peraturan syarikat. Atas sebab itu, oleh kerana pembelian kondo tersebut telah diluluskan maka tidak berlaku sebarang pecah amanah,” katanya.

Jika ini yang berlaku di dalam perbicaraan, Rafizi berkata, ia memberi makna berikut:

1.    Kelulusan itu diberikan sama ada di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah atau Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting) yang dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan sebagai mewakili Kerajaan Malaysia yang mempunyai saham istimewa di dalam NFC;

2.    Wakil-wakil kerajaan di dalam Lembaga Pengarah hanya boleh memberi kelulusan pembelian kondominium tersebut dengan persetujuan dan arahan dari pegawai atasan kerajaan iaitu Menteri atau Ketua Setiausaha Kementerian;

3.    Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan supaya NFC boleh menggunakan dana yang diberikan untuk penternakan lembu bagi tujuan membeli kondominium.

TAGS