Beg tangan Fazura semasa hadir prosiding cerai berharga RM50k?

Oleh KIM SYAZIE

Pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin terus menjadi sorotan para media selepas mereka berdua sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.

Pun begitu, penampilan aktres jelita itu ketika menghadiri kes perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling baru-baru ini menjadi bualan ramai.

Fazura hadir dengan mengenakan baju jenis ‘pleated’ berwarna merah jambu yang dipadankan dengan beg tangan berona serupa.

Apa yang menjadi perhatian, pengguna media sosial mendakwa beg tangan yang dijinjing pelakon itu adalah dari jenama mewah Hermes Kelly saiz 28.

Mereka juga menganggarkan beg tangan tersebut berharga sekitar RM50,000 sekaligus membuatkan ramai melihat Fazura sebagai wanita yang mempunyai kelas tersendiri.

Ramai juga yang menjadikan koleksi beg tangan mewah Fazura sebagai topik perbincangan.

“Bukan senang nak beli dari butik Hermes melainkan dia VIP yang ada sejarah pembelian. Kalau beli dari reseller naik RM80,000 ke atas. RM80,000 tu gaji lebih 3-4 tahun utk B40,” kata salah seorang pengguna Instagram.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan harga sebenar beg mewah itu.

Yang pasti Fazura sepanjang kariernya menjadi anak seni tidak pernah cuba menonjolkan kekayaan apatah lagi mempamer harta.

Baca juga: “Isteri marah betul kalau ada gosip artis curang, sekali dia buat benda sama dekat aku”