Malaysia Dateline

Bekal makanan buat suami di tempat kerja – Pelbagai hidangan ini mungkin boleh beri idea untuk kaum Hawa

Bagi golongan isteri yang rajin lebih-lebih lagi surirumah, menyediakan bekal makanan buat suami di tempat kerja mungkin antara rutin setiap hari.

Budaya menyediakan bekal ke tempat kerja bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan seharian malah memberi peluang kepada suami menikmati makanan yang dijamin lebih bersih dan berkhasiat.

Walaupun ada yang menyediakan menu yang ringkas ia tetap memberi kepuasan tersendiri. Bagi mengelak dihinggap rasa jemu, boleh bertukar menu setiap hari.

Yang penting, hidangan yang dibawa dari rumah itu mengenyangkan serta memberi tenaga buat suami di tempat kerja.

Tambahan pula dengan kadar inflasi makanan yang semakin meningkat ini, membawa bekal ke tempat kerja sedikit sebanyak mengawal duit daripada laju mengalir keluar.

Ahli akademik pun sudah mendedahkan bahawa kumpulan pendapatan rendah atau B40 membelanjakan sekitar 37 peratus pendapatan untuk makanan.

“Alhamdulillah. Ini untuk suami dan anak-anak di rumah. Pagi-pagi dah masak sayur lemak putih dan ayam berempah. Ulam-ulam dan sambal sebagai pelengkap rasa,” kongsi Rosna Wati.

Menyediakan bekal makanan buat suami dan anak-anak juga memberi ruang secara tidak langsung buat kaum ibu berdoa yang baik-baik buat keluarga tercintanya.

“Bekal suami makan tengah hari – singgang ikan dan budu. Pagi dah sarapan dulu di rumah.

“Moga Allah lindungi suamiku di luar sana dalam mencari rezeki untuk keluarga dan moga Allah permudahkan urusan rezeki kita semua,” kata Suryani Abdul Hamid.

Baca juga Apa ada dalam poket rakyat yang terjejas teruk? – Pakar anggap hal ini hilang dari radar TikTok Menteri Kewangan, ucaptama Gabenor

Baca juga Lelaki terkotor di dunia meninggal dunia di usia 92 tahun, anda pasti terkejut dengan sebab kematian