Malaysia Dateline

Bekalan air di 397 kawasan terjejas pulih sepenuhnya 8.00 malam nanti

Air Selangor memaklumkan bekalan air di 397 kawasan terjejas akan pulih sepenuhnya pada pukul 8.00 malam nanti.

Setakat pukul 6.00 pagi tadi pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 84%.

Tiga wilayah Air Selangor iaitu Petaling (3 kawasan), Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan) yang terjejas berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) disebabkan insiden pencemaran minyak di Sungai Semantan, Karak, Pahang akibat daripada kes kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur semalam.

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Bekalan air di kesemua 397 kawasan yang terjejas di tiga wilayah Air Selangor dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 8:00 malam, 12 Ogos 2022,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Baca juga: Kisah fitnah PH jual Tabung Haji-‘Siapa buat kerja, siapa yang auta?’

Baca juga: Jangan lupa, kualiti jalan raya di Malaysia antara 21 terbaik kalahkan negara luar yang lebih maju