Malaysia Dateline

Bekalan air terganggu lagi di Terengganu

Syarikat Air Terengganu (Satu) sekali lagi memaklumkan gangguan bekalan air berlaku lagi di negeri Terengganu selepas kejadian minggu lalu.

“Sebahagian kawasan di Daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah ekoran daripada MASALAH TEKNIKAL di Loji Kepong 1, Serada, Kuala Terengganu,” kata Satu dalam kenyataannya pagi ini.

Sebanyak 31,500 akaun pengguna di 46 buah kampung akan terlibat dalam gangguan bekalan ini di Kuala Terengganu manakala di Marang pula melibatkan 8,700 akaun di 24 buah kampung.

Gangguan telah bermula sejak jam 8 malam tadi dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 5 pagi Sabtu ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor yang selalu diserang kerana masalah bekalan air yang disebabkan oleh pelbagai masalah.

Kini ia berlaku di Terengganu yang terkenal dengan sungainya yang jernih dan taseknya yang luas.