Malaysia Dateline

Bekas ADUN daripada Bersatu yang kalahkan Khalid Nordin sertai AMANAH

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas daripada Bersatu yang pernah mengalahkan Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin hari ini menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

Datuk Che Zakaria Mohd Salleh telah mengumumkan keluar parti Besatu dan menyertai AMANAH mulai hari ini.

Che Zakaria mengambil langlah keluar daripada Bersatu tanpa paksaan sesiapa dan keputusan ini dibuat secara teliti setelah mengkaji selama lima bulan parti yang mahu disertainya.

“Bila saya lihat Parti AMANAH ini parti yang tiada masalah birokrasi dan tiada masalah daripada segi pemimpin, jadi itu sebab saya memilih AMANAG untuk saya bantu dalam pilihan raya akan datang,” kata beliau kepada pemberita selepas Konvensyen Amanah Johor 2022 di Johor Bahru hari ini, dipetik Bernama.

Bekas ADUN Permas Datuk Che Zakaria

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menerima borang pendaftaran daripada Che Zakaria berkata parti itu menyambut baik keputusan individu berkenaan menyertai parti itu yang bukan untuk kerusi dan bertanding tetapi sebagai wadah baharu perjuangan.

“Amanah negeri akan fikirkan peranan yang akan dibawa oleh Che Zakaria dan kita terima kemasukan dengan senang hati,” katanya.

Che Zakaria memenangi kerusi N43 itu dalam pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, sekali gus menewaskan penyandang kerusi berkenaan yang juga bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Baca juga: Menjelang PRU-15: Pemimpin jangan pandang remeh hasrat belia Orang Asal

Baca juga: Lima termasuk kanak-kanak maut dalam kemalangan